Jumaat, November 26, 2010

Majlis Persaraan GPK HEM

MAJLIS PERSARAAN
PN. HILAMAH BT. MOKIAH
(GURU PENOLONG KANAN HEM)
SK SERI MULIA

Tarikh : 18hb. November 2010
Hari : Jumaat
Masa : Mulai jam 9.30 pagi
Tempat : Kantin SK Seri Mulia

Majlis ini diadakan untuk meraikan Pn. Hilamah bt. Mokiah, Guru Penolong Kanan HEM SK Seri Mulia yang akan bersara wajib mulai 24hb. November 2010. Oleh kerana cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada hari Sabtu 19hb. November 2010 maka majlis ini telah diadakan lebih awal bagi memberi peluang kepada para pelajar SK Seri Mulia untuk bersama-sama memberikan penghormatan sempena persaraan kepada Pn. Hilamah bt. Mokiah yang telah menabur bakti sebagai GPK HEM di SK Seri Mulia sejak tahun 2008.

Semoga selepas bersara nanti Pn. Hilamah akan terus diberi kesihatan dan limpahan nikmat oleh Allah (s.w.t) bersama keluarga tercinta. Kami warga SK Seri Mulia akan sentiasa mengingati beliau dan sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam kesejahteraan dan keberkatan Allah (s.w.t). Amin.


Selamat Bersara
Pn. Hilamah Bt. Mokiah








Khamis, November 18, 2010

Kebanggaan Sekolah - UPSR 2010

Wajah-wajah Ceria UPSR 2010

Keputusan peperiksaan UPSR tahun 2010 telah pun diumumkan pada 11hb. November yang lalu. Secara keseluruhannya di peringkat kebangsaan, keputusan pada tahun 2010 ini adalah merupakan keputusan yang terbaik dalam tempoh 4 tahun. Calon-calon UPSR SK Seri Mulia seramai 30 orang juga telah mencatat kejayaan yang sungguh cemerlang. Seramai 4 orang calon mendapat 5A, 5 orang calon mendapat 4A 1B dan seoramg calon mendapat 4A 1C. Dari segi peratusan kelulusan pula, matapelajaran BM (Kef) mencatat kelulusan 100%, BM (Pen) mencatat kelulusan 93.3%, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mencatat kelulusan 96.6%. Peratus lulus keseluruhan adalah sebanyak 93.3% dengan GPS 1.78. Tahniah kepada semua calon UPSR SK Seri Mulia 2010 atas kejayaan yang memberangsangkan ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru m/pelajaran UPSR Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan calon UPSR tahun ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk SK Seri Mulia terus cemerlang pada masa akan datang.




Adawiyah Nabihah bt. Abdol Salam ( 5A )


Nurul Nadhirah bt. Mohd. Izam ( 5A )


Siti Nuraisyah bt. Norazlan ( 5A )


Nursyahira Natasha bt. Mazlan ( 5A )



Amirul Ekhsan b. Mohd. Esa ( 4A 1B )


Madihah bt. Basar ( 4A 1B )


Muhammad Iman Arsyad b. Mohd. Hatta ( 4A 1B )


Nurul Arifah bt. Yazah ( 4A 1B )


Norhaniff Haikal b. Jaswadi ( 4A 1B )

Muhammad Azizy b. Sabudin ( 4A 1C )

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN

Rabu, November 17, 2010

Salam Aidil Adha



SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1431H
KEPADA
SEMUA WARGA SK SERI MULIA
SERTA
PARA PENGUNJUNG BLOG INI

Semoga Aidil Adha ini akan menambahkan lagi
keinsafan dan ketaqwaan kita kepada
Allah (s.w.t)
serta meningkatkan lagi pengertian kita
tentang
ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Isnin, November 15, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010
SK SERI MULIA

Tarikh: 10HB. OKTOBER 2010
Hari: RABU
Tempat: DEWAN KANTIN SK SERI MULIA


Persembahan Gamelan oleh Pasukan Gamelan SK Seri Mulia

Persembahan recorder oleh murid-murid Tahun 5



Persembahan Boria murid perempuan Tahun 6

Persembahan Dikir Barat oleh murid lelaki Tahun 6

**************************************************************************

Senarai Penerima
Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas
Tahun 2010
Tahun 1 Bestari
1) ADIBAH RAIHANA BT. AZMAN
2) SITI MAHANI BT. DAEMAN
3) NURUL NASREEN BT. MOHD. IZAM
Tahun 2 Bestari
1) SYASYA HADIRAH BT. ZAINUDIN
2) SITI NORDIANA BT. MD. SAKION
3) NUR AMIRAH BT. BAHARI
Tahun 3 Bestari
1) MIRZA AFIQAH BT. LE ROMZEE
2) NUR NAJLAA BT. JAMIAN
3) AMEER ATHIFF B. ZAINAL ABIDIN
Tahun 4 Bestari
1) NURUL NATASHA BT. MOHD. IZAM
2) ADAWIYAH NAZIFAH BT. ABDOL SALAM
3) MUHAMMAD ASLAM B. AHMAD
Tahun 5 Bestari
1) MUHAMMAD RIEZMAN B. MOH JALIL
2) NURAIN AQILLA BT. MOHD. DAUD
3) ANIS SURAYA BT. AZMAN
Tahun 6 Bestari
1) ADAWIYAH NABIHAH BT. ABDOL SALAM
2) MUHAMMAD AZIZY B. SABUDIN
3) SITI NURAISYAH BT. NORAZLAN
***********************************************************
Gambar-gambar
sebahagian daripada penerima Anugerah Cemerlang 2010
SK Seri Mulia









Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah menerima anugerah atas kejayaan masing-masing. Teruskan berusaha untuk lebih CEMERLANG lagi. Kepada murid-murid yang kurang berjaya, tingkatkan lagi KEAZAMAN dan USAHA kerana.............


DI MANA ADA USAHA
DI SITU ADA KEJAYAAN

Aktiviti Pengakap

PERHIMPUNAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)

DAERAH BATU PAHAT

DAN

WORLD JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2010

TARIKH : 15 - 17 OKTOBER 2010

TEMPAT : KEM JUBLI INTAN, TG. LABOH, B. PAHAT

Pada 15 - 17hb. Oktober yang lalu, seramai 6 orang ahli Pasukan Pengakap SK Seri Mulia telah menyertai Perhimpunan Pengakap Kanak-Kanak (PKK) Daerah B. Pahat dan World Jamboree On The Air (JOTA) 2010 yang telah diadakan di Kem Jubli Intan, Tg. Laboh, B. Pahat. Senarai ahli pengakap yang menyertai perkhemahan tersebut ialah :

1) Muhammad Iman Arsyad b. Mohamad Hatta

2) Muhamad Aiman b. Mohd. Taufek

3) Hafizul b. Ikhwan

4) Shariffudin b. Aminuddin

5) Muhamad Alif Ridzuan b. Yahya

6) Muhamad Harith Hazmy b. Mohd. Haironi

Setelah mendaftar diri, para peserta telah diberikan taklimat tentang perjalanan perkhemahan tersebut. Setiap sekolah telah ditentukan tapak bagi khemah masing-masing iaitu mengikut Sub-Kem masing-masing. Pasukan Pengakap SK Seri Mulia telah dimasukkan ke dalam Sub-Kem Rengit bersama pasukan pengakap dari SK Seri Molek, SK Koris, SK Merlong, dan SK Parit Kadir. Setelah mengenal pasti tapak yang sesuai, para peserta telah diarahkan mendirikan khemah masing-masing.


Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, para peserta telah dibahagikan kepada 2 jenis aktiviti iaitu aktiviti secara berkumpulan mengikut Sub-Kem dan aktiviti senggang secara individu. Antara aktiviti mengikut Sub-Kem ialah seperti pertandingan Futsal 6 sebelah, pertandingan Bola Tampar, pertandingan memasak, pertandingan Kawad Kaki, pertandingan membina gadjet dan sebagainya. Bagi aktiviti senggang pula, para peserta perlu melengkapkan tugasan yang diberikan dan mendapatkan tandatangan daripada pemimpin pengakap Sub-Kem tertentu untuk melayakkan mereka mendapat Sijil Penyertaan.

Sepanjang perkhemahan, para peserta dari SK Seri Mulia telah dapat menjalankan segala tugasan dengan sempurna. Namun begitu, menjelang pukul 7.00 pagi pada hari terakhir, hujan lebat telah turun di sekitar tapak perkhemahan. Syukur kerana semua peserta dapat berlindung dalam khemah yang tidak dimasuki air.

Tahniah kepada pasukan Pengakap SK Seri Mulia kerana telah menjadi Johan dalam acara Fox Hunting yang diadakan pada malam kedua perkhemahan.