Isnin, November 15, 2010

Aktiviti Pengakap

PERHIMPUNAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)

DAERAH BATU PAHAT

DAN

WORLD JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2010

TARIKH : 15 - 17 OKTOBER 2010

TEMPAT : KEM JUBLI INTAN, TG. LABOH, B. PAHAT

Pada 15 - 17hb. Oktober yang lalu, seramai 6 orang ahli Pasukan Pengakap SK Seri Mulia telah menyertai Perhimpunan Pengakap Kanak-Kanak (PKK) Daerah B. Pahat dan World Jamboree On The Air (JOTA) 2010 yang telah diadakan di Kem Jubli Intan, Tg. Laboh, B. Pahat. Senarai ahli pengakap yang menyertai perkhemahan tersebut ialah :

1) Muhammad Iman Arsyad b. Mohamad Hatta

2) Muhamad Aiman b. Mohd. Taufek

3) Hafizul b. Ikhwan

4) Shariffudin b. Aminuddin

5) Muhamad Alif Ridzuan b. Yahya

6) Muhamad Harith Hazmy b. Mohd. Haironi

Setelah mendaftar diri, para peserta telah diberikan taklimat tentang perjalanan perkhemahan tersebut. Setiap sekolah telah ditentukan tapak bagi khemah masing-masing iaitu mengikut Sub-Kem masing-masing. Pasukan Pengakap SK Seri Mulia telah dimasukkan ke dalam Sub-Kem Rengit bersama pasukan pengakap dari SK Seri Molek, SK Koris, SK Merlong, dan SK Parit Kadir. Setelah mengenal pasti tapak yang sesuai, para peserta telah diarahkan mendirikan khemah masing-masing.


Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, para peserta telah dibahagikan kepada 2 jenis aktiviti iaitu aktiviti secara berkumpulan mengikut Sub-Kem dan aktiviti senggang secara individu. Antara aktiviti mengikut Sub-Kem ialah seperti pertandingan Futsal 6 sebelah, pertandingan Bola Tampar, pertandingan memasak, pertandingan Kawad Kaki, pertandingan membina gadjet dan sebagainya. Bagi aktiviti senggang pula, para peserta perlu melengkapkan tugasan yang diberikan dan mendapatkan tandatangan daripada pemimpin pengakap Sub-Kem tertentu untuk melayakkan mereka mendapat Sijil Penyertaan.

Sepanjang perkhemahan, para peserta dari SK Seri Mulia telah dapat menjalankan segala tugasan dengan sempurna. Namun begitu, menjelang pukul 7.00 pagi pada hari terakhir, hujan lebat telah turun di sekitar tapak perkhemahan. Syukur kerana semua peserta dapat berlindung dalam khemah yang tidak dimasuki air.

Tahniah kepada pasukan Pengakap SK Seri Mulia kerana telah menjadi Johan dalam acara Fox Hunting yang diadakan pada malam kedua perkhemahan.

Tiada ulasan: