Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PPSR)

PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM

PPSR-Pelaporan-Pentaksiran-Sekolah-Rendah-KPM
PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu lagi pelaksanaan sistem baru di dalam dunia pendidikan negara kita. Dari hari ke hari, pelbagai perubahan, inovasi dan ajakan paradigma yang cuba dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan pendidikan di negara kita setanding dengan negara-negara maju diluar sana.
Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh mari kita berkenalan dahulu dengan lebih details tentang PPSR. Tak kenal maka tak cinta, mungkin pepatah ini sesuai sekali dengan situasi semasa dimana belum apa-apa lagi sudah ada pihak yang menyuarakan kebimbangan dan ketidakpuasan hati mereka dengan PPSR ini. Baiklah, mari kita lihat apa sebenarnya Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang baru ini.
Apa itu PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah?
PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
PPSR sebenarnya secara ringkas boleh dikatakan sebagai laporan terkahir untuk memberi maklumat tentang kemenjadian murid di akhir persekolahan rendah mereka. Untuk lebih details lagi, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau singkatannya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baru hasil daripada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan digunakan mulai Tahun 2018.
PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid secara holistik (menyeluruh) pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) bagi menggantikan istilah pentaksiran Tahun 6 yang sedia ada iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ianya juga selaras dengan usaha kementerian membawa tahap pendidikan negara kita kearah lebih tinggi melalui PAK 21 (Pendidikan Abad ke 21).

Perbezaan Antara UPSR dan PPSR yang Paling Ketara

UPSR
PPSR
  • Exam Oriented Education
  • Holistik
  • Akademik
  • Gabungan 4 Elemen Utama

Penerangan Lanjut Mengenai 4 Komponen dalam PPSR

Penerangan Lanjut Mengenai 4 Komponen dalam PPSR
Seperti yang kita semua sudah maklum, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau PPSR ini mempunyai 4 komponen utama iaitu:
1) Pentaksiran Bilik Darjah
2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikukum (PAJSK)
3) Pentaksiran Psikometrik
4) UPSR
Untuk lebih mendalam lagi, kita akan pergi satu persatu bagi setiap komponen PPSR ini.

Komponen #1 : Kenali Apa itu PBD Pentaksiran Bilik Darjah bagi PPSR

PBD atau lebih tepat Pentaksiran Bilik Darjah iala satu pentaksiran yang berterus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan kebolehan dan pencapaian murid.
Jadi, PBD ini sebenarnya bersifat formatif dan mengutamakan kemajuan setiap murid selain dapat membantu para guru untuk membuat diagnostik secara individu dan menyeluruh.
Pentaksiran Bilik darjah dilihat dapat membantu guru dari segi :
  1. Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif dalam diri murid.
  2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
  3. Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murid, estetika dan patriotisme.
  4. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
  5. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.
  6. Mengetahui keberkesanan pengajarannya.
  7. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Untuk pengetahuan semua, PBD ini adalah dilaksanakan bagi semua matapelajaran dengan pelbagai kaedah pentaksiran oleh para guru yang mengajar subjek. Apa yang lebih menarik, tahap penguasaan (TP) murid bukan lagi satu perbandingan individu antara sesama mereka tetapi merupakan satu standard prestasi.

Pentaksiran bilik darjah PBD bagi PPSR Tahap Penguasaan bagi Pentaksiran Bilik Darjah PBD

Tahap
Deskripsi
Tahap 6
Tahu, faham dan
boleh buat dengan beradab mithali.
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatid dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
Tahap 5
Tahu, faham dan
boleh buat dengan beradab terpuji.
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
Tahap 4
Tahu, faham dan
boleh buat dengan beradab.
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu keamhiran dengan beada iaitu mengikut prsedur atau secara analitik dan sistematik.
Tahap 3
Tahu, faham dan
boleh buat.
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Tahap 2
Tahu dan faham
Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi.
Tahap 1
Tahu
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

Komponen #2 : Kenali Apa itu PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum bagi PPSR

Secara amnya, PAJSK ialah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum, ekstra kurikulum dan kecergasan fizikal untuk diguna pakai oleh semua sekolah dan dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan setiap tahun.
PAJSK ini menilai tentang beberapa perkara iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi murid di dalam kelab atau persatuan, pasukan badan beruniform serta sukan permainan.
pelaporan aktiviti pajsk bagi ppsr
Untuk lebih details, berikut ialah rujukan untuk para guru dan masyarakat sekali boleh lihat : 

Komponen #3 : Kenali Apa itu Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam PPSR

Pentaksiran psikometrik ialah satu kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang sama ada dalam domain kognitif atau afektif. Ianya dilakukan melalui Ujian Aptitud Khusus Tahun 6 yang mana digunakan untuk melihat kecenderungan sebenar murid dalam perkara berikut iaitu :
  • Bidang pembelajaran
  • Aliran persekolahan
  • Bidang pekerjaan

Konstruk Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKep) Tahun 6

Konstruk Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKep) Tahun 6
Mengikut KPM, terdapat 9 IKeP yang terdiri daripada :
  • Muzik
  • Logik-Matematik
  • Visual-Ruang
  • Verbal Linguistik
  • Naturalis
  • Kinestatik
  • Interpersonal
  • Intrapersonal
  • Eksistensial

Komponen #4 : Kenali Apa itu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam PPSR

UPSR seperti yang kita sudah sedia maklum berperanan sebagai 1 checkpoint untuk mengukur kemahiran murid di dalam 4 aspek besar iaitu :
  • Menulis
  • Membaca
  • Mengira
  • Menaakul
Bagi pelaporan UPSR, gred yang digunakan adalah seperti berikut :
GRED
TAFSIRAN GRED
A
Cemerlang
B
Baik
C
Memuaskan
D
Mencapai tahap
minimum
E
Belum mencapai
tahap minimum

Komponen Murid Berkeperluan Khas : Kenali Apa itu Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dalam PPSR

PPsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.
PASR merupakan satu pelaporan komprehensif khusus bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dimana mereka menggunakan 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Terdapat 2 konstruk utama di dalam PASR iaitu ProKhas 1 dan ProKhas 2.
Konstruk dalam PASR

PPSR : Manfaat kepada Guru

Gred purata sekolah GPS dan gred purata mata pelajaran GPMP untuk menentukan perbandingan keputusan peperiksaan kini dihapuskan . Bersama di talian ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Bhd Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Kesimpulan Mengenai Pelaksanaan PPSR Bagi Menggantikan UPSR

Secara jujurnya, kita lihat pelbagai usaha hebat pihak kementeriaan untuk menjadikan sistem pendidikan negara kita menjadi antara yang terbaik di dunia. Pelaksanaan PPSR dilihat bukan suatu bebanan kepada guru dan bukan menggantikan UPSR sebalik menambahbaik UPSR kepada satu sistem pentaksiran yang lebih holistik.
Melalui PPSR, kita akan dapat membuktikan bahawa setiap murid memiliki keunikan tersendiri dan tidak semata-mata jumlah A diperoleh dalam peperiksaan menunjukkan mereka berjaya. Selain pencapaian akademik, yang lebih penting adalah pembangunan karektor murid. Jadi, marilah kita bersama-sama menyokong pelaksanaan PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah.