MAJLIS PERSARAAN
PN. HILAMAH BT. MOKIAH
(GURU PENOLONG KANAN HEM)
SK SERI MULIA
Tarikh : 18hb. November 2010
Hari : Jumaat
Masa : Mulai jam 9.30 pagi
Tempat : Kantin SK Seri Mulia
Majlis ini diadakan untuk meraikan Pn. Hilamah bt. Mokiah, Guru Penolong Kanan HEM SK Seri Mulia yang akan bersara wajib mulai 24hb. November 2010. Oleh kerana cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada hari Sabtu 19hb. November 2010 maka majlis ini telah diadakan lebih awal bagi memberi peluang kepada para pelajar SK Seri Mulia untuk bersama-sama memberikan penghormatan sempena persaraan kepada Pn. Hilamah bt. Mokiah yang telah menabur bakti sebagai GPK HEM di SK Seri Mulia sejak tahun 2008.
Semoga selepas bersara nanti Pn. Hilamah akan terus diberi kesihatan dan limpahan nikmat oleh Allah (s.w.t) bersama keluarga tercinta. Kami warga SK Seri Mulia akan sentiasa mengingati beliau dan sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam kesejahteraan dan keberkatan Allah (s.w.t). Amin.
Selamat Bersara
Pn. Hilamah Bt. Mokiah
1 ulasan:
Warga SK Seri Mulia mengucapkan terima kasih kepada Pn Hilamah yang telah bertugas dengan cemerlang dan dedikasi, sepanjang berkhidmat di SK Seri Mulia.Selamat bersara dan menempuh alam baharu. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu....
Catat Ulasan