Rabu, Januari 26, 2011

Sekolah Sesi 3 Januari 2011

Assalamualaikum...apa khabar murid-murid.
Selamat Tahun Baru.
Selamat kembali ke sekolah dan belajar
dengan penuh bersemangat.
Walaikummussalam...InsyaAllah Tuan Guru.


Isnin, Januari 24, 2011

Pakar Membuat Trek 200M

Pakar Membuat Trek SK Seri Mulia

Peralihan Kuasa Membuat Trek 200M mulai 19 Januari 2011.



Cari sudut 90o segiempat tepat. Tandakan jarak
43M panjang dan 36M lebar.



Cari jejari tengah segiempat tepat 18M dan dijadikan sebagai
jejari separuh bulatan untuk garisan melengkung.



Pastikan semasa menanda, pita ukur hendaklah ditarik lurus
dan tegang bagi mengelak dari terbelit atau kendur.
Tandakan dengan menggunakan spray dan kemudian
gunakan roller bersaiz roda 5cm.

Ahad, Januari 23, 2011

PROGRAM ATLET MUDA MSSJ

Ingat! Hanya pelompat sahaja dibenarkan berada
di atas trek...lain tunguuu


Pemilihan Atlet B 12 MSSJ di Sek Sukan Johor
SMK Tun Hussin Onn, Kluang

Saya akan cuba habis-habisan coach.

Separuh akhir pertama.

Bismillahhirrahmannirrahim....aku boleh berjaya.


Saya akan cuba lagi, 2 tahun dari sekarang.
Saya atlit paling muda di SSJ tempohari.


Program Kecemerlangan Atlet

Pemilihan Atlet Bakat Baru P12 Tahun

Acara Lompat Jauh di SSJ Kluang pada 21 & 22 Januari 2011

Sabtu, Januari 15, 2011

Jangan Mudah Tertipu


Jika ada sesiapa yang menerima sms seperti di atas atau pun yang mirip-mirip seperti di atas, jangan cepat PANIK. Memang la semua orang sayangkan ayah masing-masing, tak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka tetapi zaman sekarang ni, macam-macam bentuk penipuan telah dicipta oleh orang-orang yang dikurniakan kepandaian oleh-NYA tetapi kepandaian tersebut telah disalah gunakan. Dua imej di atas adalah merupakan bukti salah satu bentuk penipuan menggunakan telefon bimbit dan sms. Apabila penerima berasa panik, mereka akan terus menghantar kredit kepada nombor tersebut dan bergembiralah pemilik nombor tersebut kerana mendapat KREDIT secara PERCUMA. Jadi, berhati-hatilah.... Dunia sekarang semakin dipenuhi oleh unsur penipuan.

Isnin, Januari 10, 2011

Hadiah Kecemerlangan UPSR DUN Rengit Part 2

KOLEKSI GAMBAR
LAWATAN 69 ORANG CALON CEMERLANG 5A
UPSR 2010
SEKOLAH-SEKOLAH DUN RENGIT
KE SUNWAY LAGOON
PADA 14HB. - 15HB. DISEMBER 2010

Di bawah ini dipaparkan sebahagian daripada koleksi gambar yang telah dirakamkan oleh Cikgu Zaini Abdul Gani yang turut serta dalam lawatan tersebut sebagai salah seorang daripada guru pengiring.














TAHNIAH
DIUCAPKAN KEPADA 4 ORANG CALON UPSR SK SERI MULIA
YANG TELAH MENDAPAT 5A
DAN
TERPILIH MENYERTAI ROMBONGAN TERSEBUT.
CALON-CALON UPSR 2011 BAGAIMANA???
TAK TERINGIN KE?
MULAKAN USAHA DARIPADA SEKARANG.......

Jumaat, Januari 07, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada semua warga Seri Mulia.

Semoga tahun baru kali ini memberi sinar harapan yang lebih bermakna kepada semua.
Tempuhi tahun baru dengan azam baru yang akan direalisasikan.