Isnin, Ogos 30, 2010

Lailatul Qadr

Makna Lailatul Qadr
Lailatul Qadr adalah malam diturunkannya al-Quran oleh Allah Ta’ala. Namun begitu terdapat beberapa makna malam lailatul qadr berdasarkan pendapat para ulama seperti berikut.

Pertama:
Maknanya adalah malam keputusan; atau malam penetapan. Dinamakan demikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala menetapkan perintah-Nya yang Dia kehendaki, berupa kematian, ajal, rezeki dan lainnya sampai malam Al-qadr tahun berikutnya. Ini pendapat Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair.

Kedua:
Maknanya adalah malam kemuliaan. Dinamakan demikian kerana keagungannya, dan kemuliaannya. Ini pendapat az-Zuhri dan lainnya. Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian kerana perbuatan-perbuatan ketaatan pada malam itu memiliki nilai yang agung dan pahala yang banyak. Abu Bakar al-Warraq berkata: “Dinamakan demikian kerana orang yang tidak punya kemuliaan dan keutamaan akan mendapatkannya, jika dia menghidupkan malam tersebut.” Ada juga yang mengatakan dinamakan demikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala menurunkan Kitab (al-Quran) yang memiliki kemuliaan, kepada Rasul (Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam) yang memiliki kemuliaan. Pendapat lain menyatakan, kerana pada malam itu para malaikat yang memiliki kemuliaan dan kepentingan turun ke bumi. Pendapat lain menyatakan, kerana pada malam itu Allah Ta’ala menurunkan kebaikan, berkah dan ampunan.

Ketiga:
Maknanya adalah malam yang sempit. Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Ini dinyatakan oleh al-Khalil. (Lihat semua keterangan di atas dalam Tafsir al-Qurthuby surat al-Qadr).

Keutamaannya
Lailatul qadr itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.

Allah berfirman (yang ertinya): “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (QS. al-Qadr 1-3).

Kebanyakan ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah suatu amalan yang dilakukan pada malam itu lebih baik daripada amalan yang dilakukan seribu bulan yang tidak ada lailatul qadr padanya. Ini dikatakan oleh Mujahid, Qatadah, as-Syafi’i, dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, al-Qurthuby, as-Sa’di dan lainnya dalam surat al-Qadr).
Oleh kerana itulah lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi.

Allah Ta’ala berfirman (yang maksudnya):“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS ad-Dukhan 1-6).

Waktunya
Ada riwayat dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa lailatul qadr terjadi pada malam Ramadhan ke 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. Pendapat terkuat waktunya adalah pada malam-malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Carilah lailatul qadr pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (HR. Bukhari, Muslim no. 1169 dari ‘Aisyah).

Dan memang ilmu tentang hal tersebut telah diambil oleh Allah daripada Nabi gara-gara kesalahan (iaitu pertengkaran) yang dilakukan oleh dua lelaki di antara umat beliau. ‘Ubadah bin as-Shamit berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar akan memberitahukan tentang lailatul qadr, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar maka beliau bersabda: “Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahukan kalian tentang lailatul qadr. Tetapi sesungguhnya si Fulan dan si Fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang waktu lailatul qadr). Namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. Carilah lailatul qadr pada malam tujuh, sembilan dan lima (yang terakhir).” (HR. al-Bukhari).

Mengharapkan Keistimewaannya
Jika kita telah mengetahui hal-hal di atas, hendaklah kita memperbanyak berbagai amalan ketaatan pada waktu-waktu di atas. Amalan-amalan itu seperti solat terawih, membaca al-Quran, sedekah, zikir, berdoa dan lain-lain. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika telah masuk sepuluh akhir Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya, membangunkan isterinya, bersungguh-sungguh (beribadah) dan mengencangkan sarungnya (tidak menggauli isterinya).” (HR. Bukhari dan Muslim 1174).

‘Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika aku mengetahui waktu lailatul qadr, apa yang aku ucapkan di malam itu?” Baginda menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah daku).” (HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi dengan sanad yang shahih)

Tanda-tandanya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberitahukan tanda-tanda lailatul qadr di dalam beberapa hadisnya, antara lain: Dari Abu Hurairah dia berkata: “Kami memperbincangkan lailatul qadr di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda: ”Siapa diantara kalian yang mengingat ketika bulan muncul, yang bulan itu seperti separuh piring”. (HSR. Muslim).

Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Padanya terdapat isyarat bahwa lailatul qadr hanyalah akan terjadi pada akhir-akhir bulan, karena bulan tidak akan demikian munculnya kecuali pada akhir-akhir bulan”. (Sifat Shaum Nabi, hal. 90).

Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila lailatul qadr itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.” (HSR. Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).

Ibnu Abbas berkata: “Lailatul Qadr adalah malam yang lembut, sedang, tidak panas, tidak dingin; matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan lembut, merah“. (HR. at-Thayalisi 349, Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar dengan sanad yang hasan)

Jumaat, Ogos 27, 2010

Contoh Karangan BM

Tidak lama lagi UPSR akan menjelang. Salah satu kertas yang perlu dijawab oleh calon-calon ialah BM (Penulisan). Terdapat 3 bahagian dalam kertas BM Penulisan ini iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Soalan tentang menulis karangan ialah dalam Bahagian B. Antara jenis-jenis karangan yang popular dalam bahagian ini ialah Surat Kiriman (Rasmi/Tidak Rasmi).

Cuba lihat contoh Surat Memohon Cuti di bawah. Daripada 30 markah penuh, berapa markah boleh bagi pada calon ni?

(klik pada imej untuk besarkan)

Selasa, Ogos 24, 2010

JANGAN MAIN MERCUN


(Petikan Akhbar Harian Metro 23hb. Ogos 2010)

Kanak-kanak maut, dua parah rumah dijadikan stor mercun meletup
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Berita seterusnya baca DISINI

Pelajar tahun dua cedera kena mercun

ALOR STAR: Seorang pelajar tahun dua cedera di tapak tangan kanan apabila mercun bola meletup dalam tangannya, ketika bermain bahan api itu di rumah rakannya di Kampung Kubang Besar, Pokok Sena dekat sini.
"Kejadian itu berlaku apabila mangsa mengambil semula mercun yang dibalingnya kerana tidak meletup, tapi mercun itu kemudiannya meletup dalam tangannya secara tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Berita seterusnya baca DISINI

GAMBAR-GAMBAR MANGSA MERCUN
PADA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI
TAHUN-TAHUIN LEPAS


Masa bermain memang seronok. Bila dah terjadi seperti dalam gambar-gambar di atas, menyesal sudah tidak berguna lagi.

ADAKAH PADA TAHUN INI ANDA PULA YANG AKAN MENJADI SALAH SEORANG DARIPADANYA?

Pesanan daripada semua guru di SK Seri Mulia...
JANGAN MAIN MERCUN

Khamis, Ogos 19, 2010

Tersirat dan Tersurat

Cuba lihat betul-betul pada kedua-dua gambar di bawah.
Apakah yang mata anda dapat lihat pada gambar tersebut?
Yang pastinya ada yang nyata dan ada yang tersembunyi pada gambar tersebut.
Uji ketajaman mata anda dan nyatakan apa yang anda nampak pada ruangan Ulasan.

Gambar 1


Gambar 2


(double klik pada imej untuk besarkan)

Selasa, Ogos 17, 2010

Wak Rubai - Jasamu Dikenang

Mulai semalam (16hb. Ogos 2010), En. Rubai b. Supian, Pengawal Keselamatan SK Seri Mulia telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai pengawal keselamatan di sekolah ini. Beliau mula bertugas sebagai pengawal keselamatan di SK Seri Mulia sejak 01/04/2001 dibawah beberapa buah syarikat kawalan keselamatan.
Sepanjang bertugas di SK Seri Mulia, En. Rubai atau lebih mesra dengan panggilan "Wak Rubai" dalam kalangan warga Seri Mulia sudah dianggap seperti bapa oleh guru-guru, staff sokongan serta murid-murid di SK Seri Mulia. Beliau sering kali diminta membaca doa dalam majlis-majlis di sekolah kerana kebolehan beliau dalam bidang agama. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bidang lukisan dan beberapa hasil karya seni beliau terpamer sebagai mural di dinding bangunan sekolah.
Sesungguhnya, SK Seri Mulia kehilangan seorang pengawal keselamatan yang komited, berkebolehan serta banyak memberikan sumbangan kepada SK Seri Mulia sepanjang beliau bertugas di sini.
Semoga Wak Rubai akan terus menjalani kehidupan dalam keadaan sihat walafiat, ceria dan sentiasa mendapat keberkatan Allah (s.w.t). Amin.
Terima kasih Wak Rubai - Jasamu sentiasa kami kenang.






Isnin, Ogos 16, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

MAJLIS PELANCARAN
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
DAN
KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010


TARIKH : 16hb. OGOS 2010
HARI : ISNIN
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Tapak Perhimpunan



Ucapan Perasmian oleh Pn. Zaiton Bt. Mohd. Yusof
( Wakil kepada Guru Besar )


Murid-murid sedang mendengar ucapan



JALUR GEMILANG

BERKIBAR MEGAH DI SELURUH

KAWASAN SK SERI MULIA




Terima kasih kepada Cikgu Shukri, Cikgu Zaini, Cikgu Md. Yusof, En. Jamian, En.Rubai, Wak Selamat, Bobo serta semua yang terlibat dalam kerja-kerja memasang Jalur Gemilang yang telah dimulakan sejak minggu lepas lagi.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Rabu, Ogos 11, 2010

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Berikut adalah kelebihan solat sunat tarawih:

1. Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Kedua belas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelima belas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam Keenam belas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuh belas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapan belas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Malam Kesembilan belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Kedua puluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Kedua puluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Kedua puluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Kedua puluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Kedua puluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Kedua puluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Kedua puluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Malam Kedua puluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Kedua puluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Kedua puluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

SEMOGA KITA DAPAT MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TARAWIH PADA SEMUA MALAM TERSEBUT DAN MENGAMBIL KEBERKATAN SERTA KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG TERDAPAT PADA SETIAP MALAM TERSEBUT.

Isnin, Ogos 09, 2010

KEWAJIPAN PUASA


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
-Berakal
-Akhir Baligh (Cukup umur)
-Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT-SYARAT SAH PUASA
-Islam
-Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
-Suci daripada haid dan nifas
-Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa

RUKUN PUASA
-Berniat: Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
-Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
-Makan dan minum dengan sengaja
-Muntah dengan sengaja
-Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
-Keluar darah haid atau nifas
-Gila
-Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
-Orang yang sakit
-Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
-Orang tua yang sudah lemah
-Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

RAMADHAN DATANG LAGI



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431H
DARIPADA WARGA SK SERI MULIA


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-)

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Khamis, Ogos 05, 2010

1, 2, 3, 4 (Aris Ariwatan)

Hayatilah senikata lagu ini
Jadilah ANAK yang sentiasa menggembirakan
hati ibu bapa
dan sentiasa BERSYUKUR
kerana mempunyai ibu bapa yang sentiasa
mengambil berat tentang kita.
Semoga Allah sentiasa memberkati
hidup kita semua.
Amin.....

10 Bangunan Tertinggi di Dunia

1. Burj Dubai, Dubai, The United Arab Emirates
Tinggi : 818 meterTahun siap : 2010
Tingkat : 167


2. Taipei 101, Taipei, Taiwan
Tinggi : 509 meter
Tahun siap : 2004
Tingkat : 101


3. Shanghai World Financial Center, Shanghai
Tinggi : 492 meter
Tahun siap : 2008
Tingkat : 101


4 & 5. Petronas Tower 1 & 2, Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi : 452 meter
Tahun siap : 1998
Tingkat : 88


6. Sears Tower, Chicago
Tinggi : 442 meter
Tahun siap : 1974
Tingkat : 108


7. Jin Mao Building, Shanghai
Tinggi : 421 meter
Tahun siap : 1999
Tingkat : 88


8. Two International Finance Centre, Hong Kong
Tinggi : 415 meter
Tahun siap : 2003
Tingkat : 88


9. CITIC Plaza, Guangzhou, China
Tinggi : 391 meter
Tahun siap : 1996
Tingkat : 88


10. Shun Hing Square, Shenzhen, China
Tinggi : 384 meter
Tahun siap : 1996
Tingkat : 69

Selasa, Ogos 03, 2010

Mengapa Saya Gagal?



Setiap calon UPSR pastinya ingin mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut. Bagi calon-calon yang merasakan diri mereka agak lemah, lulus semua mata pelajaran adalah sasaran yang agak sesuai. Namun begitu, apabila keputusan diumumkan apa yang selama ini diharapkan tidak menjadi kenyataan. Pelbagai persoalan mula timbul.

Kenapa saya gagal mendapat 5A sedangkan saya pelajar harapan?
Kenapa ada mata pelajaran yang saya gagal sedangkan saya sudah mengulangkaji?
Salahkah jawapan saya sedangkan saya sangat yakin dengan jawapan saya?
Adakah saya tersalah memilih atau menulis jawapan?
Adakah penanda kertas jawapan tidak menanda jawapan saya dengan betul?
Mengapa? Mengapa? dan Mengapa?

Yang pasti, salah satu jawapannya ada di bawah ini......

Anda tidak tahu
Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi.
Penyelesaian:
Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk yang tidak anda kuasai.
.
Anda tidak faham
Anda baca tetapi tidak faham.
Penyelesaian:
Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda atau sesiapa sahaja yang boleh membantu sehingga anda faham.

Anda keliru
Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang telah anda pelajari atau cuba fahami.
Penyelesaian:
Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan daripada guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.

Anda Lupa
Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari.
Penyelesaian:
Kerapkan ulangkaji. Banyakkan latihan walau pun mengulangi latihan yang sama.

Anda Cuai
Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
Penyelesaian:
Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.

Kesimpulannya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan cara:
a) Segera / selalu bertanya kepada guru / rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
b) Mencari jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah dalam ujian atau peperiksaan yang telah dilalui.
c) Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
d) Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

Isnin, Ogos 02, 2010

Cerita Lawak 1


Kisah Guru dan Murid "Bijak"

Suatu pagi yang indah, di sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang BETAPA BAHAYANYA MINUMAN KERAS kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu, guru tersebut telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak...

GURU:
Cuba perhatikan murid-murid... lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas. Perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul.

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggelitik lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

GURU:
Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar daripada ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN PERUT KITA DIPENUHI CACING...MINUMLAH ARAK...

GURU: Aduh.....Bijak sungguh murid-muridku ini.