Khamis, November 18, 2010

Kebanggaan Sekolah - UPSR 2010

Wajah-wajah Ceria UPSR 2010

Keputusan peperiksaan UPSR tahun 2010 telah pun diumumkan pada 11hb. November yang lalu. Secara keseluruhannya di peringkat kebangsaan, keputusan pada tahun 2010 ini adalah merupakan keputusan yang terbaik dalam tempoh 4 tahun. Calon-calon UPSR SK Seri Mulia seramai 30 orang juga telah mencatat kejayaan yang sungguh cemerlang. Seramai 4 orang calon mendapat 5A, 5 orang calon mendapat 4A 1B dan seoramg calon mendapat 4A 1C. Dari segi peratusan kelulusan pula, matapelajaran BM (Kef) mencatat kelulusan 100%, BM (Pen) mencatat kelulusan 93.3%, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mencatat kelulusan 96.6%. Peratus lulus keseluruhan adalah sebanyak 93.3% dengan GPS 1.78. Tahniah kepada semua calon UPSR SK Seri Mulia 2010 atas kejayaan yang memberangsangkan ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru m/pelajaran UPSR Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan calon UPSR tahun ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk SK Seri Mulia terus cemerlang pada masa akan datang.




Adawiyah Nabihah bt. Abdol Salam ( 5A )


Nurul Nadhirah bt. Mohd. Izam ( 5A )


Siti Nuraisyah bt. Norazlan ( 5A )


Nursyahira Natasha bt. Mazlan ( 5A )



Amirul Ekhsan b. Mohd. Esa ( 4A 1B )


Madihah bt. Basar ( 4A 1B )


Muhammad Iman Arsyad b. Mohd. Hatta ( 4A 1B )


Nurul Arifah bt. Yazah ( 4A 1B )


Norhaniff Haikal b. Jaswadi ( 4A 1B )

Muhammad Azizy b. Sabudin ( 4A 1C )

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN

2 ulasan:

Cikgu Romzee berkata...

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah. Teruskan usaha hingga ke menara gading.

Embah Lanang berkata...

Syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua warga SK Seri Mulia yang telah bekerja keras sebagai satu pasukan dan menghasilkan kecemerlangan UPSR yang amat membanggakan.Teruskan kemerlangan..