Jumaat, November 26, 2010

Majlis Persaraan GPK HEM

MAJLIS PERSARAAN
PN. HILAMAH BT. MOKIAH
(GURU PENOLONG KANAN HEM)
SK SERI MULIA

Tarikh : 18hb. November 2010
Hari : Jumaat
Masa : Mulai jam 9.30 pagi
Tempat : Kantin SK Seri Mulia

Majlis ini diadakan untuk meraikan Pn. Hilamah bt. Mokiah, Guru Penolong Kanan HEM SK Seri Mulia yang akan bersara wajib mulai 24hb. November 2010. Oleh kerana cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada hari Sabtu 19hb. November 2010 maka majlis ini telah diadakan lebih awal bagi memberi peluang kepada para pelajar SK Seri Mulia untuk bersama-sama memberikan penghormatan sempena persaraan kepada Pn. Hilamah bt. Mokiah yang telah menabur bakti sebagai GPK HEM di SK Seri Mulia sejak tahun 2008.

Semoga selepas bersara nanti Pn. Hilamah akan terus diberi kesihatan dan limpahan nikmat oleh Allah (s.w.t) bersama keluarga tercinta. Kami warga SK Seri Mulia akan sentiasa mengingati beliau dan sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam kesejahteraan dan keberkatan Allah (s.w.t). Amin.


Selamat Bersara
Pn. Hilamah Bt. Mokiah








Khamis, November 18, 2010

Kebanggaan Sekolah - UPSR 2010

Wajah-wajah Ceria UPSR 2010

Keputusan peperiksaan UPSR tahun 2010 telah pun diumumkan pada 11hb. November yang lalu. Secara keseluruhannya di peringkat kebangsaan, keputusan pada tahun 2010 ini adalah merupakan keputusan yang terbaik dalam tempoh 4 tahun. Calon-calon UPSR SK Seri Mulia seramai 30 orang juga telah mencatat kejayaan yang sungguh cemerlang. Seramai 4 orang calon mendapat 5A, 5 orang calon mendapat 4A 1B dan seoramg calon mendapat 4A 1C. Dari segi peratusan kelulusan pula, matapelajaran BM (Kef) mencatat kelulusan 100%, BM (Pen) mencatat kelulusan 93.3%, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mencatat kelulusan 96.6%. Peratus lulus keseluruhan adalah sebanyak 93.3% dengan GPS 1.78. Tahniah kepada semua calon UPSR SK Seri Mulia 2010 atas kejayaan yang memberangsangkan ini. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru m/pelajaran UPSR Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan calon UPSR tahun ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk SK Seri Mulia terus cemerlang pada masa akan datang.




Adawiyah Nabihah bt. Abdol Salam ( 5A )


Nurul Nadhirah bt. Mohd. Izam ( 5A )


Siti Nuraisyah bt. Norazlan ( 5A )


Nursyahira Natasha bt. Mazlan ( 5A )



Amirul Ekhsan b. Mohd. Esa ( 4A 1B )


Madihah bt. Basar ( 4A 1B )


Muhammad Iman Arsyad b. Mohd. Hatta ( 4A 1B )


Nurul Arifah bt. Yazah ( 4A 1B )


Norhaniff Haikal b. Jaswadi ( 4A 1B )

Muhammad Azizy b. Sabudin ( 4A 1C )

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN

Rabu, November 17, 2010

Salam Aidil Adha



SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1431H
KEPADA
SEMUA WARGA SK SERI MULIA
SERTA
PARA PENGUNJUNG BLOG INI

Semoga Aidil Adha ini akan menambahkan lagi
keinsafan dan ketaqwaan kita kepada
Allah (s.w.t)
serta meningkatkan lagi pengertian kita
tentang
ERTI SEBUAH PENGORBANAN