KAMPUNG SUNGAI KLUANG DARAT, 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA'ZIM (Tel/Fax : 07-4259848) [Email : sksmulia@yahoo.com.my]
Khamis, Disember 09, 2010
Kisah Murid Pintar
KISAH I
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas Tahun 1 Mawar
Cikgu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak saya sedang membuat kek.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepungnya ada dalam kek tu.... Cikgu tak pernah makan kek ke??
Cikgu : Oh muridku!
KISAH II
Seperti biasa, Cikgu Saari ni mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Saari mengajar murid Darjah Satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar tentang "cara berwudhuk". Selepas mengajar, beliau selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba-tiba salah seorang anak muridnya mengangkat tangan, nama murid tu adalah Dol.
Dol : Ada Cikgu, saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali bila kita nak solat?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Dol : Kalau saya wudhuk dua kali bila saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan