Pada 14hb. & 15hb. Disember 2010, seramai 69 orang calon UPSR 2010 DUN Rengit yang terdiri daripada 11 buah sekolah yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A telah menerima hadiah kecemerlangan mereka daripada ADUN Rengit iaitu YB Hj. Ayob b. Hj. Jamil. Hadiah kecemerlangan tersebut yang berupa pakej lawatan dan penginapan ke Sunway Lagoon dan beberapa tempat lain di K. Lumpur turut disertai oleh seramai 12 orang guru pengiring.
Bagi SK Seri Mulia, seramai 4 orang calon UPSR yang mendapat 5A telah terpilih beserta seorang guru pengiring iaitu Cikgu Zaini b. Abdul Gani. Peserta lawatan tersebut dari SK Seri Mulia ialah:
1) Adawiyah Nabihah b. Abdol Salam
2) Siti Nuraisyah bt. Norazlan
3) Nurul Nadhirah bt. Mohd. Izam
4) Nursyahira Natasha bt. Mazlan.
Tahniah kepada para pelajar yang terpilih. Semoga hadiah kecemerlangan ini akan menjadi perangsang kepada calon-calon UPSR 2011 DUN Rengit untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun hadapan.
KAMPUNG SUNGAI KLUANG DARAT, 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA'ZIM (Tel/Fax : 07-4259848) [Email : sksmulia@yahoo.com.my]
Rabu, Disember 15, 2010
Hadiah Kecemerlangan UPSR DUN Rengit Part 1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Warga kerja SK Seri Mulia mengucapkan ucapan terima kasih kepada YB Hj Ayub bin Hj Jamil yang tidak jemu-jemu membantu kecemerlangan pendidikan sekolah-sekolah di DUN Rengit.Semoga YB meneruskan program EXCELL UPSR di tahun-tahun mendatang..Terima kasih YB
Catat Ulasan