Sabtu, November 13, 2010

Aktiviti Selepas UPSR

AKTIVITI GOTONG-ROYONG
MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID
MASJID JAMEK KG. SG. KLUANG DARAT
RENGIT, B. PAHAT
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Jamek Kg. Sg. Kluang Darat ini diadakan pada hari Rabu (06/10/2010) sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR murid-murid Tahun 6 SK Seri Mulia dengan diketuai oleh 3 orang guru iaitu En. Zaini, En. Shukri dan En. Le Romzee. Aktiviti ini hanya disertai oleh pelajar-pelajar lelaki manakala pelajar-pelajar perempuan mengadakan aktiviti keceriaan di kawasan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Jamek Kg. Sg. Kluang Darat terutamanya kepada Tn. Hj. Misrom b. Abd. Samad dan En. Yazah b. Basiran yang turut bersama serta menyumbangkan juadah kepada kepada semua yang terlibat dalam gotong-royong ini. Semoga aktiviti ini akan dapat dijadikan aktiviti tahun selepas UPSR sebagai salah satu cara mendidik para pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan.

Tiada ulasan: