Mulai semalam (16hb. Ogos 2010), En. Rubai b. Supian, Pengawal Keselamatan SK Seri Mulia telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai pengawal keselamatan di sekolah ini. Beliau mula bertugas sebagai pengawal keselamatan di SK Seri Mulia sejak 01/04/2001 dibawah beberapa buah syarikat kawalan keselamatan.
Sepanjang bertugas di SK Seri Mulia, En. Rubai atau lebih mesra dengan panggilan "Wak Rubai" dalam kalangan warga Seri Mulia sudah dianggap seperti bapa oleh guru-guru, staff sokongan serta murid-murid di SK Seri Mulia. Beliau sering kali diminta membaca doa dalam majlis-majlis di sekolah kerana kebolehan beliau dalam bidang agama. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bidang lukisan dan beberapa hasil karya seni beliau terpamer sebagai mural di dinding bangunan sekolah.
Sesungguhnya, SK Seri Mulia kehilangan seorang pengawal keselamatan yang komited, berkebolehan serta banyak memberikan sumbangan kepada SK Seri Mulia sepanjang beliau bertugas di sini.
Semoga Wak Rubai akan terus menjalani kehidupan dalam keadaan sihat walafiat, ceria dan sentiasa mendapat keberkatan Allah (s.w.t). Amin.
Terima kasih Wak Rubai - Jasamu sentiasa kami kenang.
1 ulasan:
selamat tinggal wak rubai.jasamu akan kami kenang sampai bila-bila.
Catat Ulasan