Selasa, Ogos 03, 2010

Mengapa Saya Gagal?



Setiap calon UPSR pastinya ingin mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut. Bagi calon-calon yang merasakan diri mereka agak lemah, lulus semua mata pelajaran adalah sasaran yang agak sesuai. Namun begitu, apabila keputusan diumumkan apa yang selama ini diharapkan tidak menjadi kenyataan. Pelbagai persoalan mula timbul.

Kenapa saya gagal mendapat 5A sedangkan saya pelajar harapan?
Kenapa ada mata pelajaran yang saya gagal sedangkan saya sudah mengulangkaji?
Salahkah jawapan saya sedangkan saya sangat yakin dengan jawapan saya?
Adakah saya tersalah memilih atau menulis jawapan?
Adakah penanda kertas jawapan tidak menanda jawapan saya dengan betul?
Mengapa? Mengapa? dan Mengapa?

Yang pasti, salah satu jawapannya ada di bawah ini......

Anda tidak tahu
Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi.
Penyelesaian:
Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk yang tidak anda kuasai.
.
Anda tidak faham
Anda baca tetapi tidak faham.
Penyelesaian:
Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda atau sesiapa sahaja yang boleh membantu sehingga anda faham.

Anda keliru
Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang telah anda pelajari atau cuba fahami.
Penyelesaian:
Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan daripada guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.

Anda Lupa
Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari.
Penyelesaian:
Kerapkan ulangkaji. Banyakkan latihan walau pun mengulangi latihan yang sama.

Anda Cuai
Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
Penyelesaian:
Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.

Kesimpulannya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan cara:
a) Segera / selalu bertanya kepada guru / rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
b) Mencari jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah dalam ujian atau peperiksaan yang telah dilalui.
c) Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
d) Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

Tiada ulasan: