Jumaat, Julai 30, 2010

Karnival Pendidikan PraSekolah MPZ Senggarang 2010

Karnival Pendidikan PraSekolah MPZ Senggarang Kali ke-5 tahun 2010 telah diadakan di SK Seri Mulia pada 29/07/2010 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi. Beberapa acara telah dipertandingkan dalam karnival tersebut bertujuan mencungkil bakat murid-murid PraSekolah di Zon Senggarang. Acara-acara yang telah dipertandingkan adalah seperti :

1) Pertandingan Mewarna
2) Deklamasi Sajak
3) Block Kreatif
4) Tarian
5) Nyanyaian Solo
6) Nyanyian dan Gerakan
7) Bercerita B. Melayu dan B. Inggeris
8) Hafazan

Para peserta yang dibimbing dan dilatih oleh guru masing-masing telah menunjukkan persembahan dan bakat yang tersediri sepanjang karnival tersebut berlangsung.



Guru-guru dan peserta mendaftar diri


Mendeklamasikan sajak



Pertandingan bercerita


Pertandingan tarian

Pertandingan mewarna

Pertandingan Nyanyian Solo

Pertandingan Nyanyian dan Gerakan

Pertandingan Hafazan

Upacara Penyampaian Hadiah

1 ulasan:

mulia raiders berkata...

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini