Sabtu, Januari 15, 2011

Jangan Mudah Tertipu


Jika ada sesiapa yang menerima sms seperti di atas atau pun yang mirip-mirip seperti di atas, jangan cepat PANIK. Memang la semua orang sayangkan ayah masing-masing, tak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka tetapi zaman sekarang ni, macam-macam bentuk penipuan telah dicipta oleh orang-orang yang dikurniakan kepandaian oleh-NYA tetapi kepandaian tersebut telah disalah gunakan. Dua imej di atas adalah merupakan bukti salah satu bentuk penipuan menggunakan telefon bimbit dan sms. Apabila penerima berasa panik, mereka akan terus menghantar kredit kepada nombor tersebut dan bergembiralah pemilik nombor tersebut kerana mendapat KREDIT secara PERCUMA. Jadi, berhati-hatilah.... Dunia sekarang semakin dipenuhi oleh unsur penipuan.

Isnin, Januari 10, 2011

Hadiah Kecemerlangan UPSR DUN Rengit Part 2

KOLEKSI GAMBAR
LAWATAN 69 ORANG CALON CEMERLANG 5A
UPSR 2010
SEKOLAH-SEKOLAH DUN RENGIT
KE SUNWAY LAGOON
PADA 14HB. - 15HB. DISEMBER 2010

Di bawah ini dipaparkan sebahagian daripada koleksi gambar yang telah dirakamkan oleh Cikgu Zaini Abdul Gani yang turut serta dalam lawatan tersebut sebagai salah seorang daripada guru pengiring.














TAHNIAH
DIUCAPKAN KEPADA 4 ORANG CALON UPSR SK SERI MULIA
YANG TELAH MENDAPAT 5A
DAN
TERPILIH MENYERTAI ROMBONGAN TERSEBUT.
CALON-CALON UPSR 2011 BAGAIMANA???
TAK TERINGIN KE?
MULAKAN USAHA DARIPADA SEKARANG.......

Jumaat, Januari 07, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada semua warga Seri Mulia.

Semoga tahun baru kali ini memberi sinar harapan yang lebih bermakna kepada semua.
Tempuhi tahun baru dengan azam baru yang akan direalisasikan.